Sains Bab 4-Tingkatan 3










Pembiakan
 adalah proses penghasilan individu baru yang dikenali sebagai progeni atau zuriat. Proses ini penting bagi kesinambungan spesies.Pembiakan terbahagi kepada dua, iaitu pembiakan aseks dan pembiakan seks.

                                             
PEMBIAKAN ASEKS
Proses menghasilkan zuriat baru tanpa kehadiran gamet atau sel pembiakan
Hanya perlukan 1 induk
Boleh berkembang biak melalui belahan dedua, pertunasan, pembentukan sporapembiakan vegetatif atau penjanaan semula
Zuriat menyerupai induk secara mutlak
Memerlukan masa yang pendek
Contoh : Paramesium dan Amoeba



   
PEMBIAKAN SEKS
Proses menghasilkan zuriat baru melalui percantuman gamet jantan dan betina
Memerlukan dua induk : jantan dan betina
Proses melibatkan persenyawaan, perkembangan dan kelahiran   
Zuriat mempunyai sifat yang berbeza daripada induk
Memerlukan masa yang panjang

Contoh : Burung dan Ikan 




Testis
Untuk menghasilkan sperma dan juga hormon (testosteron) 

Urethra
Salur untuk menyalurkan air kencing keluar dari badan

Kelenjar Prostat
Untuk merembeskan bendalir keruh

Vesikel Semen

Untuk merembeskan bendalir bagi membantu sperma bergerak  




OVARI
Ovari menghasilkan ovum (gamet betina) dan hormon wanita (estrogen)
--> PENGOVULAN


TIUB FALLOPIO (OVIDUKTUS)
Salur  untuk mengangkut ovum dari ovari ke uterus
Tempat berlaku nya percantuman sperma dan ovum
--> PERSENYAWAAN


UTERUS
Melindungi embrio semasa proses kehamilan
Tempat berlaku nya penempelan zigot
--> PENEMPELAN

KEDATANGAN HAID (menstruation)
Proses pengeluaran berkala bagi darah dan lapisan uterus melalui faraj

KITAR HAID (menstrual cycle)
1. Perubahan bulanan yang berkala yang berlaku pada dinding uterus, ovari dan faraj
2. Berlaku pada kitaran 28 hari






FASA HAID 
Lapisan dinding uterus dengan salur darah meruntuh. Tisu-tisu dan darah dikeluarkan apabila haid berlaku

FASA PEMBAIKAN
Membina semula dinding uterus, menjadi lebih kaya dengan salur darah yang lebih tebal

FASA SUBUR
Pengovulan (ovari menghasilkan ovum) berlaku pada hari ke-14

FASA PRA-HAID
1. Dinding uterus terus menebal dan diselaputi dengan rangkaian luas salur-salur darah dalampersediaan untuk persenyawaan dan penempelan
2. Jika persenyawaan tidak berlaku, tisu-tisu dinding akan meruntuh semula bagi memulakan kitar haid yang baru.






SPERMA DAN OVUM 
Sperma dan ovum merupakan pasangan yang diciptakan sejak dari dulu lagi. Walaupun berlainan sifat dan saiz, namun mereka lah pasangan paling ideal yang diciptakan oleh Sang Pencipta. Sperma merupakan sel yang paling kecil dalam badan manusia, manakala pasangannya Ovum adalah sel yang paling besar dalam badan manusia!
  
Dalam berjuta-juta sperma yang dipindahkan ke ovari wanita, hanya beberapa ratus sahaja yang aakan berjaya sampai ke tiub Fallopio. Dan dalam beberapa ratus sperma itu, hanya satu sahaja yang akan berjaya bercantum dengan ovum. Sperma yang paling laju, paling cergas, paling baik! Sila bersyukur..

Hebatnya lagi, apabila ada satu sperma yang berjaya bercantum dengan ovum, secara automatik sperma tadi akan merembeskan sejenis bendalir yang akan membentuk perlindungan ke seluruh ovum, menyebabkan sperma lain kehampaan terhalang daripada memasuki ovum tadi. 


BAGAIMANA KEHAMILAN BOLEH BERLAKU?




Proses pertama bermula selepas seminggu wanita mengalami haid. Pada hari ke-13,14,15dalam kitar haid bagi seseorang wanita, ovari akan menghasilkan benih perempuan, iaitu juga dikenali sebagai ovum. Proses ini dinamakan proses Pengovulan.

 Seterusnya, ovum tadi akan bergerak ke Tiub Fallopio, dan akan bercantum dengan sperma di sini, bagi membentuk zigot. Proses ini pula dinamakan proses Persenyawaan.

Zigot yang sudah sedia tersenyawa itu akan bergerak ke uterus, atau pun juga lebih dikenali sebagai dinding rahim. Di sini akan berlaku proses Penempelan, bermaksud zigot tadi yang sudah menjadi embrio dalam perjalanannya akan menempel dan membesar di dinding rahim tersebut menjadi fetus dan akhirnya menjadi bayi. 

Pemakanan Ibu Hamil
1. Zat Besi
Ibu yang hamil perlu memastikan ada mengambil Zat Besi yang mencukupi. Ini kerana ia dapat membantu mencegah anemia dan juga membantu membina sel-sel darah. Ibu boleh mendapatkan Zat Besi daripada sumber seperti Telur dan Sayuran Hijau

2. Vitamin D
Vitamin D juga tidak kurang pentingnya. Vitamin D berfungsi untuk membantu menyerap kalsium dan fosforus yang diperlukan oleh badan untuk menguatkan tulang dan gigi. Sumber Vitamin D adalah makanan seperti hati dan minyak hati ikan.

3. Protein
Protein membantu dalam membina sel-sel baru untuk pertumbuhan. Sumber protein adalah seperti daging merah dan kacang.

4. Asid Folik
Ini adalah antara makanan yang paling diperlukan oleh ibu ketika hamil, iaitu Asid Folik. Asid Folik membantu untuk menentang penyakit. Sumber asid folik adalah seperti susu.


1. Memahami Sistem Pembiakan Manusia
Antara tujuan utama penyelidikan yang berkaitan dengan pembiakan manusia adalah bagi memahami sistem pembiakan manusia dan cara operasinya. Maka dengan pemahaman terhadap sistem ini maka manusia dapat mengoptimumkannya dalam membantu mereka di luar sana yang memerlukan.

2. Membantu Golongan Yang Bermasalah
Penyelidikan dan kajian yang dijalankan juga mampu membantu mereka yang bermasalah dengan sistem pembiakan. Gejala seperti kemandulan yang diakibatkan oleh ketumbuhan dan kecacatan yang mungkin boleh dirawat dan dibetulkan semula.

3. Merawat Penyakit Seks
Penyalahgunaan kaedah kawalan pembiakan juga boleh mendorong kepada penularan penyakit seks seperti siflis dan gonorhea. Justeru itu kajian seperti ini boleh membantu mengekang daripada terus merebaknya penyakit ini. Setidak-tidaknya, kajian yang dilakukan mampu merawat penyakit-penyakit tersebut.

Kemandulan
Kemandulan ialah kegagalan untuk menghasilkan anak.  Kedua-dua, lelaki dan perempuan mungkin menjadi mandul. 

Adakah lelaki itu mandul apabila testisnya tidak menghasilkan sperma? 
Adakah perempuan itu mandul apabila ovarinya tidak menghasilkan ovum?
Ya, kedua-dua soalan di atas adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dan perempuan mandul.

Apakah sebab-sebab lain kemandulan?

Jadual di bawah menunjukkan beberapa sebab kemandulan lelaki dan perempuan serta rawatannya.





Persenyawaan In Vitro (IVF)
Persenyawan in vitro ialah persenyawaan yang berlaku di luar badan perempuan.  Ovum yang tersenyawa membahagi dan berkembang menjadi embrio di luar badan.  Embrio kemudiannya ditempelkan pada dinding uterus perempuan dan berkembang menjadi fetus.






Pencegahan Kehamilan
Pencegahan kehamilan membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk merancang sama ada mahu memiliki anak atau tidak.
Pencegahan kehamilan juga membenarkan mereka untuk memilih bilangan anak dan waktu untuk memiliki anak.

Kaedah pencegahan kehamilan menghalang perempuan yang telah berkahwin daripada hamil.  Kaedah yang digunakan sama ada oleh lelaki atau perempuan, bergantung pada kepercayaan agama, latar belakang sosial dan pilihan mereka.  Kaedah yang digunakan juga bergantung pada pasangan yang telah berkahwin itu sama ada mahu memiliki anak atau tidak pada masa hadapan.

Jadual di bawah menunjukkan kaedah pencegahan kehamilan dan keberkesanannya:.






Kaedah pencegahan kehamilan sementara ialah kaedah yangmembenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak apabila pasangan tersebut berhenti menggunakan kaedah-kaedah ini. 
Kaedah pencegahan kehamilan kekal ialah kaedah yang tidak membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja kaedah-kaedah ini digunakan.

Salah Guna Kawalan Kehamilan
Kaedah pencegah kehamilan telah banyak disalahgunakan oleh remaja kejadian ini meruntuhkan akhlak mereka.  Penyalahgunaan kawalan kehamilan di kalangan remaja telah meningkatkan hubungan seks luar nikah dan sekaligus jumlah kehamilan luar nikah.  Hal ini membawa kepada masalah pengguguran bayi dan buang bayi kerana mereka masih muda dan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa. Pengetahuan tentang pencegah kehamilan turut disalahgunakan oleh pasangan yang dewasa yang tinggal bersama tanpa kahwin untuk mengelakkan perempuan daripada mengandung. 

Kebaikan Dan Keburukan Kawalan Kehamilan Kepada Masyarakat
Kawalan kehamilan mempunyai kebaikan dan keburukan kepada masyarakat.  Jadual di bawah menerangkan beberapa kebaikan dan keburukan kawalan kehamilan kepada masyarakat.
Kawalan kehamilan kepada masyarakat
Kebaikan
Keburukan
·         Pasangan berkahwin dapat  merancang bilangan anak.
·         Pasangan berkahwin dapat merancang masa yang sesuai untuk menerima cahaya mata.
·         Penggunaan kondom boleh mengelakkan penyakit kelamin.
·         Menggalakkan masalah sosial seperti seks luar nikah dan hubungan seks secara rambang.
·         Meningkatkan masalah pengguguran bayi di kalangan remaja
·         Pengambilan pil pencegah kehamilan jangka masa panjang akan menganggu kitar haid dan menyebabkan kemandulan
·         Meningkatkan masalah penyakit kelamin seperti AIDS, Herpes, Gonorrhea dan Sifilis.


Kepentingan Penyelidikan Pembiakan Manusia
Kepentingan penyelidikan tentang pembiakan manusia ialah:
  • Menyelesaikan masalah suami atau isteri yang tidak mempunyai anak
  • Membantu pasangan suami isteri menjalani perancang keluarga untuk merancang bilangan anak yang mereka kehendaki.
  • Membantu pasangan suami isteri menggunakan cara yang sesuai untuk mencegah kehamilan
  • Mengesan kecacatan fetus.  Kini, pembedahan telah dilakukan ke atas fetus untuk memperbaiki kecacatannya dalam kandungan ibu.
Tumbuhan berbunga membiak secara seks. Bunga sebenarnya adalah merupakan struktur pembiakan bagi tumbuhan yang berbunga. Pada bunga, ada organ pembiakan yang boleh menghasilkan gamet jantan dan gamet betina. 

Gamet jantan boleh dijumpai dalam butir debunga yang dihasilkan dalam struktur bernama anter. Manakala gamet betina pula ialah ovum yang terdapat di dalam struktur yang bernama ovul.


Berikut adalah penerangan kepada bahagian yang terdapat pada bunga


a) Sepal 
Melindungi bunga semasa dalam peringkat kudup (belum berkembang)

b) Ranggi
Mempunyai nektar bergula di dasarnya. Biasanya ranggi berwarna dan berbau

c) Stamen
Stamen ialah bahagian jantan bunga, yang terdiri daripada anter dan filamen.

d) Pistil
Pistil ialah bahagian betina bunga, yang terdiri daripada stigma, stil dan ovari.

Pendebungaan ialah satu proses pemindahan butir debunga daripada anter ke stigma. Terdapat 2 jenis pendebungaan, iaitu pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk. Bagi berlakunya pendebungaan, ada agen pendebungaan yang memainkan peranan. Yang paling utama adalah serangga dan angin. Agen pendebungaan yang lain adalah burung, kelawar dan air. 




Pendebungaan Sendiri
Pendebungaan sendiri adalah pendebungaan yang berlaku pada bunga yang sama, atau pada bunga yang berbeza tapi dari pokok yang sama.



Pendebungaan Kacuk
Pendebungaan kacuk ialah proses pendebungaan yang berlaku pada bunga daripada pokok yang berbeza, namun masih daripada spesies yang sama.





Kelebihan Pendebungaan Kacuk
1. Percampuran baka yang menghasilkan kepelbagaian baru yang mempunyai ciri yang lebih baik daripada kedua-dua pokok induk
2. Memberi hasil tanaman yang bermutu tinggi, misalnya buah yang lebih besar dan lebih manis
3. Mempunyai rintangan terhadap serangan daripada serangga dan penyakit serta lebih tahan terhadap perubahan keadaan persekitaran 
Tahukah anda bahawa buah adalah terhasil daripada bunga pada tumbuhan? YA. Proses  pendebungaan (percantuman gamet jantan dan gamet betina) akan menghasilkan buah.
Kita mulakan dengan gamet jantan yang terkandung dalam butir debunga.

Apabila ada sebutir debunga mendarat atas stigma, butir debunga itu akan mula mengeluarkan satu tiub debunga (macam akar). Manakala nukleus yang berada dalam butir debunga akan membahagi kepada 2 gamet jantan.


Tiub debunga tadi akan tumbuh dan memanjang melalui stil, sehinggalah ke mikropil ovul yang mengandungi gamet betina.

Maka disitulah akan berlakunya percantuman gamet jantan dan gamet betina yang dinamakan proses PERSENYAWAAN.

Hasil daripada persenyawaan tadi, OVARI AKAN JADI BUAH dan OVUL AKAN JADI BIJI BENIH.



Dalam bahasa yang lebih mudah nak faham :

1) Butir debunga mendarat atas stigma
2) Butir debunga keluarkan tiub debunga
3) Tiub debunga memanjang sehingga ke mikropil
4) Gamet jantan bertemu gamet betina
5) Persenyawaan berlaku
6) Ovari jadi buah
7) Ovul jadi biji benih 
Senang kan?

Perlu diingat, bahawa HANYA SATU BUTIR DEBUNGA sahaja yang akan berjaya sampai ke nukleus ovum untuk disenyawakan.

Seperti yang telah kita ketahui sebelum ini, biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (kulit biji benih).

Makanan disimpan dalam KOTILEDON. Bagi sesetengah tumbuhan ada yang mempunyai 1 kotiledon, seperti jagung. Namun ada juga yang mempunyai 2 kotiledon seperti biji kacang hijau.

Bahagian yang berbeza pada biji benih, dan ada fungsi yang tersendiri

Kulit Biji
1) Testa - melindungi biji benih
2) Hilum - tempat biji benih melekat pada buah
3) Mikropil - bukaan yang membenarkan air dan udara masuk

Embrio
1) Plumul - bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk
2) Radikel - bahagian embrio yang membesar menjadi akar
3) Kotiledon - menyimpan dan membekalkan makanan untuk biji benih


Apabila biji benih bercambah, embrio akan mengeluarkan akar baharu yang dikenali sebagai RADIKEL. Kemudiannya mengeluarkan pucuk baharu yang dikenali sebagai PLUMUL. Kotiledon pula akan semakin mengecil kerana sumber makanan diambil dari sana. Anak pokok mula menghasilkan makanan sendiri apabila daun baharu mulai tumbuh. 




Biji benih akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai. .*Biji benih TIDAK perlukancahaya matahari untuk bercambah

Biasanya, tumbuhan berbunga membiak secara seks dengan menghasilkan biji benih. Sebagai contohnya, bunga matahari yang membiak dengan menggunakan biji benih. Namun, ada juga tumbuhan berbunga yang membiak secara aseks, iaitu dengan menggunakan bahagian tumbuhan itu sendiri. Sebagai contohnya, tebu membiak menggunakan batang, dan lobak merah membiak menggunakan akar. Pembiakan yang sebegini dinamakan PEMBIAKAN VEGETATIF.

Bahagian vegetatif yang boleh digunakan untuk membiak adalah seperti :

1) Akar
keledek, lobak merah



2) Batang (tuber/rizom)
kentang, halia




3) Batang (batang rayap)
kiambang, rumput karpet


4) Batang (bebawang)
bawang, pokok lili



5) Daun
pokok setawar, begonia




Comments

  1. terima kasih ,hmm tahun depan pt3 , kenapalaa kena berlajar bab yang tak sepatutnya,...(mesti the boys otak kotor masa pembelajaran nanti)...sebahagiannyalaa... kenapa government x buat bab ni kat form 5 , why form 3? ... hahhh..(sigh) #ikutsukasayalaanakkomen #peace

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape lak yg x sepatutnya ? org belajar sex education ni utk dpt ilmu kn, jgnlah closed-minded sngt,,

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kenapa tak belajar bab ini dlm form 5

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gaya Bahasa

Simple Essays